Kringgg!!!!!!...Bunyi loceng menandakan tamat waktu persekolahan sesi pagi. Tanpa memperdulikan orang lain, aku pantas menggalas beg sandang dan mula mengatur langkah. Terbayang-bayang wajah mak tuk. Semalam mak bagitau mak tuk nak datang. Lama tak jumpa...rindu tau.
Tiba dipersimpangan jalan, di bawah sepohon kayu yang merendang aku terlihat Aris sedang menunggu bas. Aris bersekolah di sesi petang dan bersekolah di bandar. Aku melemparkan senyuman. Tapi Ariz tidak membalas seperti biasa, malah terus memalingkan wajah ke arah lain. Dihati kecil agak terasa hati...erm...mungkin dia ada masalah.
Selesai memberi salam, aku membasuh kaki dan melangkah ke atas rumah. Mata liar mencari kelibat mak tuk. Aku terus menuju ke dapur. Ruang rumah kelihatan suram dan sepi, bagaikan dilanggar garuda pulak Dari ruang tamu, aku terdengar suara orang menangis dari arah dapur. Kelihatan, mak sedang mengurut-ngurut belakang badan mak tuk. Raut wajah Mak Tuk dan mak kelihatan amat sedih.
"Kenapa mak? Mak Tuk?" mak dan Mak Tuk cepat-cepat mengesatkan airmata mereka. "Tak ada apa-apa. Cepat salin baju dan pergi makan." arahan mak membuatkan aku takut untuk terus mendesak. Difikiran tertanya-tanya apa yang telah berlaku. Selesai makan tengahari itu, aku berehat di ruang tamu sambil membaca suratkhabar.
"Nampaknya, minggu depan kami kena pindah jugalah mak....dah tak tahan lagi dengan kerenah Maznah"hatiku berdebar-debar. Kena pindah?? Ke mana? Mengapa? Ahhh!!! Takkan nak tukar sekolah lagi. Baru dua tahun aku di Sekolah Seri Maju ini, dan tahun ini merupakan tahun terakhir aku di sini. Selepas ini aku akan ke sekolah menengah.
"Mak setuju je demi kebaikkan kau dan keluarga..., tapi kau harus ingat...jangan sesekali kau membuang atau memusuhi adik kau Maznah tu.." Mak Tuk bersetuju dadalam nada sebak. "Saya tak pernah anggap Maznah musuh saya mak....dari dululagi....tapi ada jer perkara yang dia tak puas hati dengan saya. Mak tengoklah sendiri, entah setan apa yang merasuk dia tadi sampai sanggup halau dan tolak mak...Inikan rumah pusaka, peninggalan arwah bapak....kenapa dia nak halau kita dari sini?" suara mak lirih.
Ermmmm.....patutlah Aris bermasam muka tadi. Rupa-rupanya ibunya dan ibuku telah berperang. Aku pun perasan, dalam tempuh seminggu ni Aris dan adiknya Anisah menjarakkan diri dariku. Walhal hubungan kami amat rapat. Aku memikirkan masa depanku. Terasa sayang untuk meninggalkan Sekolah Kebangsaan Sri Maju ini...
********** ****************** ***********************
No comments:
Post a Comment