Kocakan air mematikan lamunan Qaseh. Sekilas mata menjeling ke arah yang mengusik ketenteraman hati. Hati yang baru mula hendak sejuk kerana merajuk dengan ibunya tadi kembali panas. Memang pantang bagi Qaseh apabila ketenangannya diganggu.
Melirik mata Qaseh ke atas dan ke bawah memandang budak lelaki yang tersengih-sengih memandangnya. "Kau apa hal?" soal Qaseh garang. Budak lelaki tersebut hanya mengangkat bahu sambil tersenyum. Qaseh menjeling dan kembali merenung air sungai yang mengalir tenang. Qaseh tersenyum kembali apabila ternampak dua ekor sempilai merah. Setiap kali merajuk, marah atau sedih, Qaseh akan menyendiri ditepian sungai. Air sungai yang jernih dan mengalir perlahan menyejukkan pandangan dan hati Qaseh. Ditambah pula dengan anak-anak ikan yang dapat dilihat dari permukaan sungai. Suasana hutan kecil yang menghijau amat mendamaikan.
Mula-mula berpindah ke desa kecil itu, Qaseh merasakan amat jelak dan sedih. Sehingga sekarang Qaseh masih belum mempunyai kawan yang rapat. Sesekali terbit rasa rindu pada rakan-rakan di tempat lama. Kawan-kawan di sekolah dan di kawasan rumah.
"Orang baru kat sini ek?" Qaseh memandang ke arah budak lelaki. Penyibuk betullah dia ni. Desis hati Qaseh.
"Nama apa?, saya Azam" Azam memperkenalkan diri sambilmenghulur tangan. "Awak bisu ek?"...cis kurang asam. Wajah Qaseh mencerut masam. "Saya selalu memerhatikan awak. Awak selalu termenung kat sini. Tak ada kawan ek...macam saya jugalah....tak ada kawan, bila bosan saya datang sini...tengok air sungai yang mengalir, tiupan angin yang lembut...hmmm...nyaman rasanya..." tak tanya pun, Qaseh menjawab di dalam hati. Ramah semacam aje budak ni. " Oh...kita bukan muhrim tak boleh salam ek?? Sorry.....Nama saya Azam...nama awak?" Qaseh akhirnya tersenyum menahan tawa. Terasa lucu pulak dengan gelagat Azam yang seumpama tak reti bahasa.
"Saya Qaseh.." akhirnya Qaseh mengalah. Tiba-tiba Azam ketawa bersugguh-sungguh. Qaseh keliru sambil memandang persekitaran. Tidak ada apa yang lucu pun. "Apa yang lucu?" "Tu la....berangan sangat....saya tanya nama awak....bukan mengarut.....hujan tidak, ribut tidak...takkan nak berkasih....saya baru form 1 tau...." Azam mengenyitkan sebelah matanya.
Serta-merta wajah Qaseh memerah. Menahan marah. Bila pulak aku cakap nak berkasih. Hm...kalau kau form 1 aku baru darjah 6....memang tak sesuai nak berkasih, malah jauh sekali nak berkasih dengan mamat sewel macam kau ni. Qaseh bermonolog sendiri. Pelik sungguh dengan mamat seorang ni. Pekak kot.
"Bila pulak saya sebut nak berkasih...awak pekak ek?" Qaseh merenung wajah Azam. Azam menunjuk riak wajah kehairanan. "Saya pulak yang pekak?? Erm.....tadi awak macam bisu sekarang kata saya pekak...eloklah tu....dah ditetapkan jodoh kita" Qaseh pula tidak dapat menahan tawa..dia yang mengarut, kata aku pulak. Umur baru 13 tahun dah sebut pasal jodoh. desis hati Qaseh.
"Tadikan awak tanya nama saya....nama saya Cinta Qaseh...." memang terasa agak malu setiap kali memperkenalkan namanya. Pernah Qaseh meminta ibu dan ayahnya menukarkan namanya, bunyi nama yang pelik kadang-kadang mendapat ejekan di sekolah. Ada juga sesetengah cikgu memerlinya. Sakit hati Qaseh.
"Uiks!!! Apa punya nama tu...." Azam menunjukkan riak wajah yang kehairanan dan merenung Qaseh. "Ok lah...saya nak balik dulu...." Qaseh terus mengatur langkah. Azam hanya memerhati sambil tersenyum....
..................................................... to be continue....:)
No comments:
Post a Comment