Pulang dari sekolah hari itu, kelihatan ramai orang di halaman rumah. Dada Qaseh berdebar-debar. Semua orang memerhatikan Qaseh yang cepat-cepat mendaki tangga rumah. Qaseh menghampiri nenek yang sedang menangis. Qaseh dipeluk erat. Qaseh memerhati sekeliling, raut wajah yang hadir nampak sedih. Qaseh bingung.
"Qaseh....sabar yer..." mendengar sayu kata-kata nenek. Airmata Qaseh tiba-tiba menluncur laju. Dapat dirasakan ada perkara buruk yang sedan berlaku. Astagfirullah!! Qaseh beristigfar di dalam hati...mohon kekuatan dari Allah s.w.t. Mata Qaseh meliar mencari wajah ibu. Tak ada, Wajah Ayah, juga tak ada. Along?? terus Qaseh teringat, oh mereka dalam perjalanan menghantar Pak Usu menunaikan fardu Haji. Lega sedikit, namun riak hati masih tidak keruan, ingin bertanya tetapi lidah kelu. "Qaseh....mak, ayah, Azrul dan Pak Usu kemalangan...dan......" nenek tidak dapat menghabiskan ayatnya. Tapi Qaseh seakan-akan dapat mengerti sekarang apa yang sedang berlaku sekarang. Lemah-longlai terasa seluruh badan. Qaseh merenung Nek Limah. Sayu melihat nenek... sekarang Qaseh tidak ada ibu, tidak ada ayah, tidak ada abang...hanya ada Nek Limah yang telah lanjut usia. Qaseh menarik nafas panjang, aku harus kuat harus tabah, kalau aku menangis, meraung sekuat mana pun, ibu, ayah dan along serta Pak Usu takkan kembali lagi. Raunganku hanya akan menambah pedih di hati nenek...Qaseh termenung sendiri.
Qaseh beransur ke bilik air membersihkan badan sementara menanti jenazah sampai. Qaseh menangis semahunya. Teringat peristiwa pagi tadi, Qaseh yang masih merajuk dengan ibunya kerana hendak menukarkan sekolah lain, Qaseh menolak untuk dicium ibu sebelum ibunya bertolak awal pagi tadi. Ibu berkeras menarik tangan Qaseh, memeluk dan mencium dahinya. Tika itu, hati Qaseh terasa amat terharu, dan lantas memohon maaf pada ibu. Tidak disangka itulah pelukan terakhir ibunya.
Usai majlis pengkebumian, Qaseh membawa diri di tepi sungai seperti selalu bila hatinya rusuh. "Hi.."satu suara mematikan lamunan Qaseh. Cepat-cepat airmata dikesat. "Banyakkan bersabar yer... Allah lebih sayangkan ibu, ayah dan abang awak..." Qaseh hanya mendiamkan diri. Senanglah cakap, bukan kau yang rasa. Desis hati Qaseh. Azam mengambil tempat duduk di sebelah kanan Qaseh. Riak air sungai yang mengalir tenang dan tiada bunyi burung berkicauan menimbulkan suasana hening, bagaikan turut bersama bersedih. "Sudah hampir senja ni...tak elok awak duduk di sini sorang-sorang...nenek awak tentu susah hati" raut wajah Azam penuh simpati. Pergi...pergi...pergilah..aku tidak memerlukan simpati sesiapa. Qaseh hanyabermonolog di dalam hati. "Qaseh...jangan macam ni...awak kena terima Qada dan Qadar, Allah takkan menguji hambaNya melainkan yang terdaya ditanggung oleh hambaNYa. Ada hikmah setiap apa yang berlaku. Awak masih ada Nek Limah,....masih ada saya sebagai kawan, kalau awak perlukan apa-apa bantuan carilah saya...dh jom balik" melihat raut wajah Azam yang nampak ikhlas, hati Qaseh menjadi lembut..
"Bukan awak di tempat saya Azam, awak takkan faham tentang erti kehilangan orang yang kita sayang....hilang ibu, hilang ayah dan abang serentak. Nenek saya pun dah uzur Azam......" tiba-tiba Qaseh meluahkan apa yang terbuku. Seriring airmatanya laju mengalir.
"Mungkin saya tidak faham apa yang awak rasa...tapi kita yang hidup mesti meneruskan kehidupan ini. Inilah dugaan dalam hidup awak....awak kena ingat awak masih ada nenek yang perlu perhatian awak. Kalau awak bersedih, tentu Nek Limah lagi sedih..., dah jom saya hantar awak balik" bersama remang senja, Qaseh menuruti Azam untuk pulang ke rumah.....
apart of Bab 2....:)
No comments:
Post a Comment