Translate

Powered By Blogger

Sunday, January 20, 2013

KEK KARAMEL

Kek ni mmg sedap....bak kata pemilik Blog Masam Manis, Azlita Aziz ibarat Raja Segala Kek... kalau raja segala buah adalah durian, maka untuk kek, ni le rajanya...

Jom...tgk resepinya...jgn tgk aje....

1st Step:
Gula Hangus:

2 sudu gula, dihanguskan di dalam loyang bulat bersaiz 8 inci. Masa di atas api yg perlahan sehingga gula hancur, dan menjadi warna coklat/perang. Goyang2kan loyang ke kiri kanan utk meratakan gula. Biarkan sejuk.

2nd Step - Karamel * nak karamel tebal, boleh gandakan bahan2 ni ye
 3 biji kuning telur
1/2 tin susu cair
70gm gula castor
1/2 camt esen vanila

Larutkan gula + susu cair di atas api yg perlahan (masukkan ke dlm periuk dulu le...wahahahaha)
sementara tu, sebatikan kuning telur + esen vanila, lepas tu campur dgn gula dan susu. Kacau perlahan2sehingga pekat. Tapiskan ke dlm gula hangus yg dah disejukkan tadi. Letak ke tepi.

3rd Step - Bahan Kek 1
3 biji kuning telur
70gm gula castor
45ml minyak masak
135ml air sejuk


Putar kuning telur, minyak dan air sehingga berbuih. Masukkan gula castor. Putar sehingga menjadi double adunan.

4th Step - Bahan Kek 2
145gm tepung gandum + 1/2 sudu teh baking powder - di ayak campurkan ke dalam bahan kek 1

5th Step - Meringue

6 biji telur putih (make sure tak tercampur kuning telur or air)
70gm gula castor
1/2 sudu teh cream of tartar

Putar telur hingga berbuih, masukkan gula dan cream of tartar. Terus putar hingga telur kental dan beku. Kalau terbalikkan bekas, telur tidak akan jatuh.

6th Step
Campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan kek. Kaup dan balik sehingga sebati (gunakan spatula), bila dh sebati, bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Letak pewarna ikut suka le...

Lepas tu, buat selapis demi selapis selang seli mengikut warna sehingga habis di dalam karamel tadi. Ulang sehingga habis.

Panaskan suhu oven 170 C, Masak selama 1 jam or hingga masak menggunakan kaedah steam bath.

STEAM BATH
Tuang air panas ke dalam bekas yang lebih besar dari loyang  yg berisi kek tadi. Letakkan loyang yg berisi kek ke dalam bekas besar. Masukkan k dlam oven, bakar menggunakan api bawah sahaja selama 1 jam atau sehingga kek masak pada suhu 160 C.

Dah masak, sejukkan dulu di dalam oven or sehingga kek lekang sendiri. Terbalikkan di dalam bekas bulat. Sejukkan di dalam fridge.

SELAMAT MENCUBA..:)

Sedap dimakan sejuk.
















No comments: