Translate

Powered By Blogger

Thursday, January 28, 2016

TIPS MENARIK REZEKI - SEDEKAH

SEDEKAH !!!

             ALLAH telah menjanjikan balasan untuk sedekah paling kurang pun kita akan dapat 10/1 . 1 sedekah diberi balasan sebanyak gandaan 10. Banyakkan ?  Janji ALLAH itu pasti. Janji ALLAH itu benar. Tetapi berapa ramai antara kita yang yakin ? Yang percaya ?


             Setiap yang ALLAH berikan itu adalah untuk kita berkongsi. Nikmat ALLAH luas. Di dalam rezeki kita, harta kita, bukanlah hak mutlak kita seorang...kita perlu berkongsi. Pasti kita pernah dengar al kisah, orang yang telah meninggal dunia, merasa sangat kesal kerana kurangnya bersedekah. Bersedekah itu dapat menolak bala, memanjangkan umur, menyembuhkan penyakit dan paling best, menggandakan rezeki kita,

Rezeki bukan berbentuk wang dan harta benda semata-mata. Sihat itu adalah rezeki paling nikmat. Walaupun kita dihimpit kemiskinan, kesusahan kita tiada adalah untuk tidak bersedekah. Ada yang memikirkan 'macamana nak sedekah...aku sendiri pun tak cukup" ..inilah yang menyebabkan aura kita bocor. Sebab, kita fikir kita cakap dan kita rasa itulah doa. Jika kita merasakan tidak cukup..maka akan tidak cukuplah kita... Kita digalakkan bersedekah, dengan bersedekah rezeki kita akan digandakan. 

             Paksa diri untuk bersedekah setiap hari. Kalau sedekah berbentuk wang..mulakan dengan 10 sen pun tak pe. Permulaan kita akan merasa berat...tapi apabila dilakukan setiap hari...energy positif akan mula datang...kita akan bersedekah dengan getaran aura positif, dengan penuh rasa syukur dan gembira, secara tidak langsung ianya menarik aura possitif dan meluaskan rezeki kita.


           Ada pelbagai cara untuk kita bersedekah. Contohnya kalau kita nak sedekahkan wang kepada mana-mana pihak seperti Surau, Masjid, Pusat Tahfiz, Sekolah Agama, Rumah Anak Yatim, Rumah orang tua...dan lain-lain..mudah sangat sekarang ini. Melalui online banking , kita boleh setkan no akaun yang akan kita sedekahkan setiap hari atau setiap minggu atau setiap bulan. Niat hanya kerana ALLAH, pasti sedekah itu diterima. Bagi Cik Nina Beauty, ini cara sedekah yang paling terbaik kerana tiada siapa yang tahu...kan?? Bukankah sedekah yang paling baik itu adalah sehingga tangan kiri pun tak tau ? Sedekah secara online banking, adalah cara paling mudah dan paling ikhlas kita bersedekah. Tiada siapa yang tahu berapa RM, rahsia kita dengan ALLAH sahaja. 


So fikir2lah ...

No comments: