Malam ni ada banyak masa terluang, dapatlah aku memulakan acara mencoret serba-sedikit cerita atau kisah berbentuk nostalgia di sini. Sekadar untuk berkongsi pengalaman, yang baik jadikan sempadan yang buruk jadikan teladan.
Kenangan yang paling mengusik jiwa adalah pabila teringatkan zaman kecilku. Aku merasakan itulah pengalaman yang paling menarik dalam hidupku. Aku telah dibesarkan oleh tok dan tok wan di sebuah perkampungan nelayan di Kampung Sungai Batu, Pantai Remis Perak. Kurang pasti pulak kenapa aku dibesarkan oleh mereka, tetapi mengikut sumber yang layak dipercayai, iaitu ibuku, masa baby tu aku kuat menangis..dan ibuku masih bekerja oleh itu untuk memudahkan urusan tok dan tok wan mengambil keputusan untuk menjagaku. Apatah lagi aku merupakan cucu sulung mereka (actually ada sorang lagi cucu sulung iaitu my cousin Zamri - anak mak ngah) - ni complicated skit kalau nak citer...nanti aku citer.
Apa yang aku tau...Mak Ngah tu actually anak sedara tok aku..parent dia meninggal masa dia dan abang2nya masih kecil. Mak aku pula hanya anak tunggal, terpanggil dengan tanggungjawab untuk menjaga dan membesarkan anak sedara sendiri, tok telah menjaga dan membesarkan Mak Ngah bersama-sama ibuku...so jadinya aku dan zamri dan adiknya Edah merupakan 2 pupu gitew. (Dorang ni mmg teman sepermainan rapatku masa kecil).
Ok, berbalik pada kisahku tadi..Tok Wanku amat dikenali di kampungnya itu. Maklumlah bisnesman berjaya ...ehehe..Tok Wan menjalankan perniagaan makanan dengan memiliki kedai sendiri. Kedai makannya adalah paling laris di kampung tersebut. Seperti biasa, apabila kita maju dalam perniagaan, maka adalah juga orang yang dengki. Aku turut terdengar Tok Wan telah dibomohkan oleh bomoh Siam. Ada orang menanam sihir tersebut di dalam tanah di hadapan kedai makan Tok Wan. Setelah bertahun berubat, akhirnya orang yang membomohkan itu ditemui mati di depan kedai makan tersebut dengan darah keluar dari mulut. Agaknya itulah balasannya kerana melakukan perbuatan syirik. Kecoh juga masa tu..tapi aku ingat2 lupa peristiwa tu, bila mak ceritakan semula baru aku teringat.
Tok Wan juga amat dikenali dan popular di kalangan anak-anak muda di kampung tersebut, apa tidaknya setiap kali ada keluaran model motor terbaru, Tok Wan lah orang pertama akan membeli. Tok Wan juga dikenali sebagai orang yang banyak duit..yang aku tau dia digelar Pak Mat Ribu oleh orang kampung,. Aku pulak, digelar cucu Pak Mat Ribu...agaknya sebab duit Tok Wan ribu2 kot. Aku pernah terjumpa duit Tok Wan penuh dalam 2 tin milo yang besar tu...duit kertas tu...padat2...pergh!! ntah berapa jumlah pun atau tak tau. Selain tu duit syiling pun memang ada di simpan di bawah katil..adalah dalam 3-4 tin milo tu....Aku pun mewah sakan masa tu...kalau minta pensil..aku ingat bukan sikit Tok Wan belikan,..memang banyak,,,siap aku sedekah kat kawan-kawan lagi. Selain tu...pakaian sekolah, kasut sekolah setokin sumer memang Tok Wan dah siapkan untuk hari-hari..mean 5 pasang pakaian, 5 pasang setokin, 5 pasang kasut. Bab-bab kasut Tok Wan yang akan cuci, kapur dan jemur. Pakaian pulak tok punya tugas...hehehe...siap iron dengan seterika arang...aku tidak dibenarkan langsung untuk melakukan tugas-tugas tersebut. Mungkin bimbangkan keselamatan...yang aku tak bestnya aku terlalu dimanjakan sangat sehingga kekok nak melakukan kerja-kerja rumah (nanti i cerita di part lain).
Aku memang hairan kenapa aku tak mau tinggal dengan kedua orang tuaku. aku masih ingat ketika umur 5 tahun.Tok wan ada datang ke rumah mak di Pantai Dalam KL. Tau aje Tok Wan datang aku melisah tak boleh tidur...alih kiri kanan...last2 mak bagi green light..."nak tidor dengan Tok Wan pi la"...huh terus aku bingkas bangun menuju ke anjung rumah....terus terlelap dalam dakapan Tok Wan...selang 2 hari Tok Wan nak balik...aku meraung-raung nak ikut (buruk jugak prangai i kan masa tu)...mak tak izin sebab takut nanti abahku marah..abah kan kerja masa tu...tapi aku degil jugak...siap kejar tok wan dengan tak pakai kasut sampai setengah jalan..huhuhu...no choice...mak mengalah....aku teringat jugak masa tu adikku Abang Ngah pun nangis nak ikut aku pulak....tapi ahh!! peduli apa...aku nak ikut tok wan jugak...huhu...mulai hari itu memang aku terus kekal di kampung Sungai Batu itu.
...to be continue in Part 2.
No comments:
Post a Comment