Aku memang enjoyed happy sekali semasa membesar di kampung itu. Tapi yang tak bestnya hidupku kadang-kadang sunyi sekali terutamanya di waktu malam. Masa tu, tak ada TV, tak ada radio. Apa yang aku ada hanyalah buku-buku sekolah dan buku-buku cerita. Seawal usia 6 tahun aku sudah boleh membaca (penangan tadika di 2 tempat iaitu usia 5 tahun di Pantai Dalam, usia 6 tahun di Sungai Batu). Semasa sekolah tadika di Pantai Dalam, apa yang aku ingat aku terpilih untuk rancangan radio..yang diacarakan oleh Pak Cik Jamal Kerdil..aku nyanyi lagu Satu Labah2..tengah orang buat recording...tiba-tiba adiku Abang Ngah datang...sambil menggaru2..."tot-tot"nya...:
Abang Ngah : Kak....mak panggil balik...makan nasi...(sebenarnya tak pun...mak
aku pun ada kat dewan tu)
Pak Cik Jamal: Ni sapa pulak ni...
Aku : Adik saya,,,nama dia Khairul Kamsani
Pak Cik Jamal :Khairul tengah garu apa tu...
Abang Ngah : garu "olor"...atai r....(dia ni umur 3 tahun lebih masa tu)
Abis satu dewan gelak. Adikku tu...memang suka kejutan sehinggalah sekarang....
Aku teringat, Tok Wan akan membelikan hadiah setiap kali aku mendapat markah cemerlang di dalam peperiksaan. Semasa darjah 1...aku mendapat nombor 1 di dalam kelas dan mendapat nombor 2 keseluruhan kelas. hadiah pertama yang aku dapat adalah radio kaset, dan kaset Anuar & Elina , Tajuk Album kalau tak silap...Kain Pelikat..Hadiah dari sekolah yang aku ingat, selain dari buku tulis, aku dapat buku cerita, yang pertama adalah Rapunzel...Tok Wan juga memang suka habis, habis semua pelanggan dia datang,,semua diberitahu pasal keputusan peperiksaanku. Siap hantar surat kat mak aku suruh balik tengok aku lagi...huhuhu...bangga sungguh orang tua tu. Aku memang sangat menghargai pengorbanan dan kasih sayang tok dan tok wan. mereka menatangku umpama minyak yang penuh, (pasal tok...nanti aku cerita di part seterusnya, ni nak concentrate kat tok wan dulu). Aku maintain mendapat nombor 1 atau 2 sehinggalah darjah 3. straight A tu...aku masih igt semua markah mesti antara 90 -100..pandai jugaklah masa tu...hehehe..
Satu peristiwa yang telah memalapkan dihidupku...walaupun aku masih kecil...tapi hatiku umpama dihiris sembilu apabila suatu malam..Pak Im Puchong datang ke kedai , masa tu tok tengah sibuk memasak kari untuk jualan esok. Pak Im menyampaikan berita, Tok Wan accident dengan lori, katanya luka tak banyak tapi telah di bawa ke hospital Taiping. Masa tu...hati terasa sayu..terasa agaknya Tok Wan takkan hidup lama lagi.Ntah kenapa tiba-tiba perasaan tu muncul. Mulai dari hari itu, aku menjadi pendiam dan pemendam rasa. Tak tau macamana nak luah isi hati, rasa takut kehilangan, terasa kurang kasih sayang dan lain-lain rasa lagi. Aku pandang tok yang sedang menangis, bertambah sayu hatiku.
Keesokan pagi, Pak Im bersama isterinya Mak Cik Mah membawa aku dan tok ke Hospital Taiping. Sampai di hospital aku tok wan dengan rasa simpati dan sedih. Kaki dan tangannya bersimen, kerana patah. Tulang rusuknya juga dikatakan retak. Walaupun sedih, masa tu aku tetap cover line, buat-buat tak faham apa yang berlaku. Buat perangai ala budak2 lagi...masa tu umur aku baru 9 tahun. Setelah 3 hari menemani tok untuk menjaga tok wan di hospital, aku di bawa pulang oleh Pak Im dan isterinya. Mereka menjaga aku seperti anak sendiri selama tok menjaga tok wan di hospital. Mereka merupakan sahabat kepada tok dan tok wan dari masa muda. Kebetulan anak mereka Azman sebaya denganku, dan mereka berniaga di kantin sekolahku. Aku masih ingat, setiap hari Mak Cik Mah akan membekalkan aku nasi dan pelbagai lauk, walaupun dia berniaga di kantin tersebut, tetapi dia tetap memasakkan kami pelbagai lauk. Apa yang diberi anaknya makan, itulah juga yang dibekalkan juga untukku. Maksudnya mereka tidak membezakan aku dan anak mereka. setiap hari Sabtu mereka akan membawa aku melawat Tok Wan di Hospital, begitulah rutin hidupku mula berubah..selama 3 bulan. Kadang-kadang Pak Teh adik abah akan datang mengambilku untuk di bawa ke hospital. Aku kurang pasti masa tu mak dan mak ngah macamana. Tapi yang aku tau, setelah tok wan sakit mak telah ambil keputusan untuk berpindah ke Kampung Jana, Kamunting Perak. Abah masih di KL, sementara dapat bertukar ke LLN Taiping.
Tok Wan dan Tol walaupun memanjakan aku, tetapi amat tegas dalam mendidikku terutamanya di dalam adab sopan dan agama. Aku masih ingat teruk juga aku dipukul kerana ponteng mengaji kerana mengikut kawan-kawan bermain. Sangkaku selepas main sekejap kami akan ke rumah tok guru, Tok Long Sun untuk mengaji. Disebabkan terlalu asyik bermain, aku terlupa untuk pergi mengaji. Hampir senja, aku pulang ke rumah, tok wan telah siap dengan rotan. Oo...oo..rupanya sebab aku balik lewat, tok wan telah ke rumah tok guru mencariku..apa lagi...rotan pun hinggaplah di punggungku sebanyak 3 sebatan..fuh sakit jugak. Disebabkan disiplin dan ketegasan tok wan (tok wan merupakan bekas anggota polis simpanan), aku berjaya khatam al-Quran seawal usia 8 tahun)dan dapat menghafal surah-surah lazim.
satu lagi kisah yang aku tidak dapat lupa, sebelah kedai tok wan, ada orang lain menumpang berniaga ikan dan pisang..(tak igt). Suatu hari masa tu cuti sekolah, maka 2 orang sepupuku Zamri dan Edah pun datang. Punya syok main, kami main "bas-bas" pulak atas kereta sorong orang tu. Tok Wan ni memang pantang kalau kami kacau barang orang. Tengah leka bermain...tiba-tiba kakiku terasa pedih,,rupa2nya tok wan melibas dengan getah paip air...huhuhu...apa lagi bertempiaranlah kami. Aku tak pasti Zamri dan Edah sempat mengelak atau tidak. Selepas kena rotan, selepas mandi sumer aku buat plan nk lari dari umah..huuhuhu..tapi tengah-tengah plan...tok panggil makan nasi...terus aku kata "tak payah lari lagi lah...kita p makan dulu...pastu baru lari",,hehehe,,,nampaknya aku menjadi mastermind la masa tu.
Aku memang agak nakal masa kecik2 tu...kalau diikutkan betis kakiku tu memang banyak parut. terkena exos motor lah...pernah juga tepi kakiku dijahit kerana luka dalam sampai nampak tulang akibat terkena penutup tin susu. Aku ingat juga, pernah kena rotan dengan tok wan sebab main bunga api lepas tu cucuh perut sepupuku Zamri tu...aku rasa lekat parut sampai sekarang kot. Pernah jugak baling batu kena kepala sepupuku Edah..huhuhu macam2lah perangai aku ni.
Selepas kemalangan tersebut, tok wan sering sakit-sakit. keluar masuk hospital. Masa tu, mak dh pindah ke kamunting. Kami tinggal berjiran antara sedara di satu tanah lot di kampung jana sambungan. 3 buah rumah di dalam 1 lot, rumah mak aku, mak ngah dan rumah pusaka tok nek (masa tu Pak Aq tinggal).
Satu pagi, jam 3 pagi lebih kurang,,kedengaran kecoh di luar...dan orang mengetuk pintu dengan kuat. Rupa2nya tok...memberitahu Tok Wan telah pergi...Aku yang masih mamai teringat akan mimpi sebelum tu...tok wan pakai serba putih tersenyum ke arahku sambil mengusap kepalaku. saat itu aku benar-benar terasa kosong dan kehilangan. Tetapi sehinggalah jasad tok wan dikebumikan, tidak ada setitis airmatapun yang keluar dari mataku. Tetapi setiap malam aku mengenangkan tok wan, memikirkan perjalanan hidupku dan tok seterusnya...
...to be continue...
No comments:
Post a Comment