Hari nak bercerita sikit ala2 nostalgia mcm tu.... mengenangkan serba sedikit kenangan lalu..tiba-tiba teringat mereka yang telah pergi..(sebenarnya dh lama juga teringat nk tulis serba ringkas mengenai mereka2 yg pernah hadir dalam hidupku dan telah pergi menyambut seruan Ilahi...
Che Ahmad b Taib
Tok Wan aku ni seorang yang tegas tetapi baik, peramah...almaklumlah tokei kedai makan. Orang panggil dia Tok Mat Ribu. Sebab...dia mmg byk duit tu....ribu2 la....dia simpan bawah katil. Hobi dia tukar motor....boleh dikatakan 3-4 bulan mesti beli motor baru. Aku le penumpang setia dia. Setiap kali beli motor baru, aku dulu yg akan di bawa meronda. Arwah ni sangat memanjakan aku...pakaian sekolah, pakaian harian, kasut (5 pasang) sumer dia basuhkan.. Tapi dalam memanjakan aku tu....leh tahan gak garangnya
Aku mulakan dengan Che Ahmad b Taib la
yer...siapa arwah ni? Ni la tok wan aku...bapa kepada ibuku. Aku dari
kecil dijaga oleh beliau. Bukan mak abah tak nak jaga aku..tapi aku mmg
nak tinggal dengan tok wan ni kat kampung. Rasa tak selesa tinggal
dengan mak dan abah, masa tu di KL. Aku suka tinggal di
kampung...bebas...boleh main apa saja...kalau tinggal dengan parent
i..kena kurung.
Tok Wan jugak garangnya. Pantang dia kalau aku ponteng mengaji, dan main harta benda orang lain. Pernah aku dan 2 orang sepupuku ~ Edah + Zamri kena libas dengan getah paip air ..gara2 main bas2 di atas kereta sorong orang.
Satu malam aku dikejutkan oleh kedatangan kawan baik Tok Wan iaitu Pak Im, Pak Im bagitau Tok Wan accident dengan lori....terus hati terasa sayu. Esok pagi aku dan tok pergi Hospital Taiping. Tengok kaki tok wan berbalut simen, sayu sungguh rasanya... sedih tengok keadaan tok wan... tak lama selepas itu, setelah asyik keluar masuk hospital, dan berpunca dari kemalangan tersebut...tok wan kena barah usus (mungkin dh lama ada, selepas kemalangan disebabkan hentakan yang kuat, perut tok wan selalu sakit2....dan doktor kata tok wan sakit barah usus. Tok Wan meninggal di Hospital Taiping @ 2pagi, isnin. Masa tu cuti sekolah tak silap aku...
Pak Jaq (Abd Razak Ismail)
Aku rasa antara sedaraku, selepas tok wan Pak Jaq pula meninggal. Pak Jaq anak sedara tok aku yang sangat rapat dengan tok, selain 3 lagi anak sedara yang paling rapat dengan tok...iaitu Abg Min, Kak Ta and Abg Sham...kiranya depa 4 org ni memang anak sedara kesayangan tok aku la - Tok Timah.
Pak Jaq meninggal on de way pergi kerja kat round about kamunting, accident dengan lori jugak, dia menunggang motosikal besar, tak silap aku Yamaha TZM. Arwah meninggalkan 2 orang balu dan seorang anak. Isteri pertama adalah bekas cikgu dia (mak aku kata masa dorang kawin kontroversi sikit)...yer lah...Pak Jaq kan ensem ...ala2 Razis Ismail...artis tu... dengan cikgu ni dia ada sorang anak lelaki yg cute and chubby...Darus (tak tau kt mana Darus now)...kadang2 terpikir jugak apakah agama c Darus ni sekarang, sebab mak dia convert masuk Islam dari Kristian. Isteri ke 2 tak de anak. Dengarnya dh kawin lain sekarang. Selepas Pak Jaq meninggal, pikiran tok aku kadang2 mcm terganggu.Dia teringat2 isteri k2 Pak Jaq cerita, mlm sebelum dia meninggal....Pak Jaq tak tido....dia duduk termenung tgk wajah tok aku.... dan aku pun teringat, 2 minggu sebelum dia meninggal, Pak Jaq ada datang ke kedai makan mak aku....dia tak mo makan. Dia minta air jer....tapi aku perasan dia dok perati aku jer....masa tu terpikir pehal la dgn Pak Jaq ni....buang tebiat ke ...ada masalah ke kt muka aku... sampai aku tegur "Pak Jaq ni awat...tgk orang mcm nak telan"...dia sengih2 jer.... Arwah mmg baik dan agak rapat jugak dengan aku.
Timah Yahya (Tok Timah)
Ni isteri to Che Ahmad Taib. Orang yg menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh. Sangat penyayang orangnya. Kalau masak....perrrgggghhhh sedap ooo, terutama kari ikan. Sampai sekarang aku lum jumpa kari ikan sesedap tok aku ni masak. Mak aku pun surrender..... Perkara yang paling aku ingat..setiap kali penyakit lelah ku menyerang, tok tak tidur malam dok jaga aku. Kesian sungguh tgk dia tersengguk-sengguk menahan kantuk. Aku lum jumpa orang yg caring sgt mcm tok aku ni.
Tok aku ni lembut orangnya...tapi kadang2 garang jugak...yerlah aku kan noti jugak masa kecil. Peristiwa yang aku tak lupa apabila dipukul oleh tok selepas aku melawan cakap dia. Masa tu ada pokok rambutan depan rumah (rumah kami di Kg Jana), rambutan tu baru kekuningan...masa tu dh nak senja..tok aku panggil kami masuk rumah...(aku, adikku - farah and abg ngah, dan 2 org sepupuku - Zamri + Edah)...."masuk rumah la...dah senja ni....tok sah kait rambutan tu..belum masak lagi...",suara tok keras melarang.... , aku dgn spontan (sambil pegang galah) menjawab.."tengkorak tok tak masak...."...huh!! apa lagi...kena pukullah...sampai kena pijak. Masa tu meraung sakan la aku.......lepas habis kena tibai tu...tok ke dapur...terus aku bangun siap menari2 lagi ~~"tak sakit pun.....".... Arwah meninggal disebabkan barah dalam perut jugak,selain serangan strok.
Sebulan b4 dia meninggal, dia ada di kampung...tiba2 hati rasa teringat2 sangat kat dia...sakit hati aku bila satu hari tok datang rumah mak dengan keadaan tidak terurus......b4 that dia seorang yang kemas. Sakit hati bukan kerana apa, aku dengar cerita tok dserang/dsengat tebuan dan lebah. Sedara kitorang ada dekat dgn rumah dia tapi tak bawa or minta tlg orang bawa tok ke klinik or hospital. Akibat bisa tebuan dan lebah tok mcm org hilang ingatan. Sanggup tok sedara aku yg tinggal berhampiran rumah dia tu biarkan tok naik teksi sorang2 ke rumah mak aku...jaraknya dlm 50km. Ekoran dari itu tok diserang demam panas, tekanan darah yg sgt tinggi dan akhirnya strok. 3 bulan kemudian tok meninggal. Masa tu aku tgh tunggu result SPM. Hajat hati kalau dh kerja mmg nak tok duduk dengan aku. Sampai sekarang aku mcm menyampah dgn orang2 yg tak bertanggungjawab utk membantu tok semasa mula2 sengat tebuan tu.
Aminah Yahya
Ni adik tok aku...walaupun bukan bongsu...tapi ntah nape kitorang panggil dia Tok Su. Tok Su ni mcm tok aku jugak...lemah lembut, pandai masak, baik hati. Setiap kali cuti sekolah, dia mesti ambik aku ke rumah dia di Butterworth. Mula2 dia dok di Jalan Baru Perai, lepas tu Supreme Garden, yg last tu taman apa ntah, Hussein Onn kot. Selain arwah ni, aku rapat dgn 2 org lagi anak dia...Kak Ta and Abg Min (dorang ni dh mcm kakak n abg aku...aku mmg suka mengekor depa jalan2)
Arwah meninggal tahun lepas, aku tak sempat ziarah sebab berada di Sabah masa tu. Tapi sempat ziarah semasa dia sakit.
Norfadzilah - Kak Nor
Ni lagi sorang mangsa kemalangan motor besar. Kak Nor ni dulu dijaga oleh Tok Su Minah...masa kecil aku rapat jugak. Dia ni ala2 tomboi. Semasa dia dh dewasa, aku tak pernah jumpa dia... sampailah dgr cerita dia meninggal semasa nk ke rumah mak dia kot....
ngantuk la pulak...next time continue yer.....bye nite all...
No comments:
Post a Comment