Translate

Powered By Blogger

Thursday, November 29, 2012

Mengenangkan Mereka2 Yang Telah Pergi ~Part II

Hi

Sambung sikit lagi ....

Ariffin Bakar (tak pasti betul ke tak bin ..tapi betul kot)
Ni bapa sedara, suami kepada adik mak aku ~ Mak Ngah Ramlah (actually mak aku anak tunggal, tak de adik beradik, Tapi Mak Ngah ni dijaga oleh tok aku ~ tok Timah tu sejak umur dia 3 tahun kot... sebab mak ayah dia meninggal ~ mak ayah Mak Ngah ni pulak adik tok aku...so dkira sepupu la Mak aku n Mak Ngah ni)..

Suami dia meninggal awal tahun 2012..bulan Januari kot...selepas pemergian Tok Su. Walaupun my family ada "krisis teluk" suatu masa dulu iaitu dalam tahun 1987, tetapi semua tu telah berlalu. Malas nk igt...kalau diingatkan nanti jadi dendam pulak...so lupakan jerlah kisah lalu...walaupun menikam kalbu...*:p*...sebab skrg mak aku n mak ngah pun dah berbaik semula....*air dicincang takkan putus..* semua tu jadi kenangan jer lah..... jgn diungkit peristiwa lama ...nanti berdarah kembali....

Pak Im Puchong
Tak tau den namo sebonar eei... ni kawan rapat tok Mat Ribu la....bukan sedara, tapi dia suami isteri sangat rapat dengan Tok Wan aku. Semasa tok wan aku sakit di hospital, arwah dan isterinya sekeluarga la menjaga aku. Menjaga makan pakai aku mcm anak sendiri. Setiap hari Jumaat atau Sabtu, Pak Im sekeluarga akan bawa aku jumpa tok (lupa nk bgtau...masa ni mak n abah masih d KL ~ abah den keje kt LLN Bangsar ~ now TNB Bangsar - adik den Nora lak keje ctu...den pun nyaris nk keje kt ctu....tapi dh tak de rezeki...)

Mak Cik Mah
Isteri Pak Im ni la...meninggal tak lama selepas arwah Pak Im. Tak sakit teruk jugak. Aku sempat menziarah jenazah ke2-2nya. Besar sungguh jasa dorang ni membantu tok wan n tok utk menjaga aku. Aku salute....tak de beza...mcmana dia jaga anak dia...sama la dia jaga aku...


Okei....yang telah aku ceritakan seperti di atas dan semalam adalah kaum kerabat sebelah ibuku. 

Now nk cerita lak sebelah abahku...

Haji Mahmud
Ni ex-Tok Imam Masjid Lama Taiping.... kira ni ayah kepada tok aku, emak abah aku. Ceritanya..byk ELMU Tok Mahmud ni....keturunan Pattani. + Bugis..merantau dari N9- Kg Labu. Dengar citer banyak tanah arwah ni yg belum selesai dan terbiar kt N9 tu dan juga area Taiping. Orangnya garang dan tegas....alim...tu yg aku dpat info dari tok aku....

Abd Manan... 
Ni..ayah abah aku. Tapi aku sampai ke sudah, sampai ke akhir hayatnya tak pernah jumpa. Sebab?? Abah aku tak pernah bawa jumpa pun.....Tok Wan Manan ni...kawin 4 orang u......so ramai le anak2 dia....menjangkau 21 org kot Abahku anak isteri 1st...Zaiton Hj Mahmud. Disebabkan itu, aku n adik2 tak kenal rupa tok wan ni, tak kenal rupa2 bapa2 sedara dari isteri2nya yg lain...accept Pak Long kt KL tu dan ada la beberapa org lain.

Zaiton Hj Mahmud
Ni mak abahku. Meninggal tak silap aku selepas Tok Timah...dalam beberapa bulan mcmtu. Tahun sama kalau tak silap iaitu 1993. Tok Tun kitorang panggil. Abah aku kata garang giler.....yer lah....anak2nya ramai lelaki, nakal2 termasuk abah aku. Dia suka bersembang jugak dengan aku. Kadang2 ada angin kus2.....tapi salute arwah memang ahli ibadat...

Noraini Abd Manan ~ Mak Ndak
Arwah meninggal beberapa hari (3 hari agaknya) selepas tok Tun. Meninggal tanpa sakit yg teruk dan diusia yang muda. Masih menyusu anak bongsunya yang berusia baru beberapa bulan. Terkejut jugak. Sebab arwah memang tak sakit, batuk2 camtu jer lah...tapi b4 that mmg nampak lemah dan pucat lesi...kitorang igt sebab dia penat jaga arwah Tok Tun yang terlantar sakit tenat. Arwah meninggal, selepas solat maghrib. Terbaring di katil dengan wuduk yang masih ada. Mak Ndak ni kira kakak abahku...atas abah la ni.

Tok Su
Biras tok Tun. Tok guru mengaji kt changkat jering. Arwah ni suka bersedekah, ramah dan baik hati. Suka benor dia melayan gebang aku...hehehe

Tok Ngah Sena
Ni kiranya kakak tok aku, Zaiton. Anak ke2 Hj Mahmud. Memang alim orgnya, rajin beribadat. Aku dan keluarga sgt rapat dgn Tok Ngah ni dan anak2 dia..compared tu kakak2 da abang2 abahku yg lain.. sebab slalu jumpa kot dulu2 tu.... paling rapat dulu tu dgn menantu dia Mak Long Tun, Pak Ngah, Pak Ndak + Mak Ndak (yg ni paling rapat dgn kami sekeluarga).

Aku tak sempat ziarah arwah disebabkan komitment kerja dan arwah meninggal di KL masa tu.

Tn Hj Sokri b Abd Hamid
Yang ni bukan sebelah mak or sebelah abah...tapi yang arwah ni sebelah aku...bapa mertua aku le.. meninggal semasa usia perkahwinanku masuk 4 tahun. Arwah sempat menunaikan fardhu haji. Aku tidak dapat lupa dan terharu dengan arwah, iaitu semasa baru melahirkan anak ke-2ku Nur Sarah Balqis, arwah dlm keadaan kurang sihat datang jugak melawat aku kt hospital, sorang2 dgn motor pulak tu....risau betul aku. katanya sebaik sampai "tok wan igt lelaki...rupa2nya perempuan...tak apalah...", bapa mertuaku igt aku mengandungkan anak lelaki.... Semasa arwah ada, setiap  minggu kami pulang ke kampung menjenguk arwah. Setiap kali jugalah arwah beli ikan sardin untuk aku buat laksa.... Ahli ibadat jugak orangnya...dan sekarang setiap pagi aku sedekahkan pahala membaca Al-Fatihah kepada arwah dan arwah ibu mertuaku (meninggal sebelum aku kawin dgn hb, dan x pernah kenal) dan juga kepada kedua orang tuaku. (Walaupun parent aku masih ada, tetapi aku tetap sedekahkan al-Fatihah kepada mereka dan sentiasa berdoa agar diberi peluang menunaikan umrah/haji bersama2 mereka - den anak sulung kan..rasa bertanggungjawab la membantu parent, semoga Allah memberikan rezeki untukku, suamiku, ibubapaku dan anak2ku utk bersama2 menunaikan ibadah umrah dalam masa terdekat ini...semoga Allah membuka pintu rezeki untuk itu...)
 

ermmm....aku rasa itu saja lah insan yg aku terkenang....nanti ada masa dan ada yg tercicir aku citer lagi....

Al-Fatihah ....




No comments: